Sunday, December 23, 2012

Tidur Petang Tak Bagus Untuk Seseorang

Assalamualaikum.
Harini Zati ada terbaca satu entry yang berkaitan ingatan seseorang manusia tidak kiralah pelajar ataupon orang dewasa yang bekerja atau sebagainya. Ya,kita semua tahu kan setiap orang inginkan ingatan yang kuat. Apatah lagi seorang pelajar, lagi nak mempunyai ingatan yang kuat agar mudah untuk dia belajar dan ingat apa yang telah dipelajarinya.

Ada beberapa perkara yang dapat menghalang kita dari mudah untuk ingat sesuatu perkara, senang cakap perkara yang akan melemahkan daya ingatan seseorang lah. Salah satunya ialah tidur petang (selepas asar). Ya, tidur petang jugak dapat melemahkan daya ingatan seseorang. 

Ramai yang bertabiat suka tidur petang, lebih-lebih lagi selepas waktu asar. Terutama pelajar-pelajar sekolah, sangat suka tidur waktu sebegini sebab waktu tu keletihan baru balik dari sekolah + kelas tambahan. Tidur selepas waktu asar ni sangat mendorong otak anda menjadi slow. Dalam Islam juga tidak menggalakkan tidur pada petang hari. 

Sebaiknya jika diri terasa letih, tidurlah sebentar selepas solat zohor (ini juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W). Hal ini akan membuat badan anda terasa lebih bertenaga untuk belajar pada waktu malam nanti. Biasanya ada yang mengatakan bahawa pada petang hari (selepas waktu asar) mereka tiada aktiviti yang hendak dilakukan, so diri terasa bosan dan tertido.

Jangan buat keputusan melulu dengan tido dipetang hari hanya untuk mengisi masa lapang daripada terbuang begitu sahaja. Kita salah, seharusnya kita mengisi masa terluang itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat mencergaskan lagi tubuh badan kita. Ingat taw, "badan cergas otak cerdas". 

Kita boleh besenam. Sebagai contoh kita boleh berbasikal, main badminton bersama keluarga atau rakan-rakan, berkebun di sekeliling rumah dan sebagainya. Banyak perkara yang boleh diisikan pada waktu terluang itu, dari kita terus tidur tidak sedarkan diri yang hanya mendatangkan effect tidak bagus kepada diri sendiri. 



1 comment: