Sunday, December 23, 2012

Pengenalan Kimia (chemistry)

Assalamualaikum. Hai =)
Kali ni Zati nak cerita pengenalan kepada kimia. Biasa student science stream and teknikal akan ada subject kimia (bagi sekolah Zati lah, kalau sekolah lain Zati kurang pasti). Kimia penting dalam kehidupan seharian kita. Semua produk yang dihasilkan harus menggunakan kaedah kimia.

Apa itu KIMIA ? Kimia merupakan satu cabang sains yang mengkaji sifat (properties), komposisi (composition) dan interaksi antara bahan ( interaction of matter).

Kimia juga memainkan peranan penting dalam semua bidang sains seperti pertumbuhan dan metabolisma tumbuhan. Semua kejadian ini dapat difahami dengan menggunakan ilmu kimia. Kimia is a way of studying matter (jirim). Matter is anything which has mass (jisim) and occupies space (memenuhi ruang).

Adakah kimia itu penting? Ya, kimia sangat penting! Kimia bukan sahaja didapati di dalam makmal malah kimia wujud dan di dapati didalam bahan umum seperti udara, air, tanah and logam. Kimia juga boleh didapati di dalam makanan, ubat-ubatan, pakaian, produk pembersihan rumah dan lain-lain produk yang terdapat disekeliling kita. Chemicals can exist in natural and synthetic form. 

Bawah ni ada beberapa contoh bahan kimia and their user :-
1. ammonia - untuk buat fertilisers.
2. sodium chloride - awet makanan.
3. sodium hydroxide - to make sabun.
4. chlorine - untuk penulenan air.
(dan sebagainya)

Kimia mempunyai tiga cabang utama, iaitu. inorganic chemistry, physical chemistry and biochemistry. Contoh kerjaya yang berkaitan dengan ilmu kimia ialah doktor, biochemist , geneticist , pharmacist , geologist, forensic dan banyak lagi.

So, kita harus tahu dan kenal apa itu kima sebab kimia sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita amat memerlukan kimia untuk teruskan kehidupan kita di dunia ini. Ini lah sedikit sebanyak tentang kimia yang zati tahu. 

Tidur Petang Tak Bagus Untuk Seseorang

Assalamualaikum.
Harini Zati ada terbaca satu entry yang berkaitan ingatan seseorang manusia tidak kiralah pelajar ataupon orang dewasa yang bekerja atau sebagainya. Ya,kita semua tahu kan setiap orang inginkan ingatan yang kuat. Apatah lagi seorang pelajar, lagi nak mempunyai ingatan yang kuat agar mudah untuk dia belajar dan ingat apa yang telah dipelajarinya.

Ada beberapa perkara yang dapat menghalang kita dari mudah untuk ingat sesuatu perkara, senang cakap perkara yang akan melemahkan daya ingatan seseorang lah. Salah satunya ialah tidur petang (selepas asar). Ya, tidur petang jugak dapat melemahkan daya ingatan seseorang. 

Ramai yang bertabiat suka tidur petang, lebih-lebih lagi selepas waktu asar. Terutama pelajar-pelajar sekolah, sangat suka tidur waktu sebegini sebab waktu tu keletihan baru balik dari sekolah + kelas tambahan. Tidur selepas waktu asar ni sangat mendorong otak anda menjadi slow. Dalam Islam juga tidak menggalakkan tidur pada petang hari. 

Sebaiknya jika diri terasa letih, tidurlah sebentar selepas solat zohor (ini juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W). Hal ini akan membuat badan anda terasa lebih bertenaga untuk belajar pada waktu malam nanti. Biasanya ada yang mengatakan bahawa pada petang hari (selepas waktu asar) mereka tiada aktiviti yang hendak dilakukan, so diri terasa bosan dan tertido.

Jangan buat keputusan melulu dengan tido dipetang hari hanya untuk mengisi masa lapang daripada terbuang begitu sahaja. Kita salah, seharusnya kita mengisi masa terluang itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat mencergaskan lagi tubuh badan kita. Ingat taw, "badan cergas otak cerdas". 

Kita boleh besenam. Sebagai contoh kita boleh berbasikal, main badminton bersama keluarga atau rakan-rakan, berkebun di sekeliling rumah dan sebagainya. Banyak perkara yang boleh diisikan pada waktu terluang itu, dari kita terus tidur tidak sedarkan diri yang hanya mendatangkan effect tidak bagus kepada diri sendiri. 



Saturday, December 22, 2012

Karangan Kerajaan Menggalakkan Rakyat Malaysia Menggunakan Barangan Buatan Tempatan. Huraikan Kebaikan-Kebaikan Meggunakan Barangan Buatan Tempatan.

Hai,okay harini first time Zati nak share dengan kawan-kawan semua satu karangan ni. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau karangan yang saya buat ni tidak begitu memuaskan dan terdapat banyak kesalahan, jika sudi comment-commentlah kesalahan saya ya. Thanks.

Karangan yang Zati nak kongsi dengan kawan-kawan ni ialah karangan menengah atas, karangan tidak kurang 250 patah perkataan yang bertajuk Kerajaan Menggalakkan Rakyat Malaysia Menggunakan Barangan Buatan Tempatan. Huraikan Kebaikan-Kebaikan Meggunakan Barangan Buatan Tempatan. Okay, jum start =)

Mutakhir, isu berkaitan dengan Kerajaan Menggalakkan Rakyat Malaysia Menggunakan Barangan Buatan Tempatan saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Oleh itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan?

Pada pandangan saya, kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan ialah dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara. Hal ini kerana setiap pembelian dan pembayaran yang dilakukan akan disalurkan keluar negara dimana tempat asal sesuatu barangan itu dibuat. Sebagai contoh, jika kita membeli barangan buatan tempatan kita akan dapat menyalurkan wang untuk negara kita sendiri dan akan dapat membantu majukan negara kita. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, mengelakkan pengaliran wang ke luar negara merupakan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.

Bukan sahaja mengelakkan pengaliran wang ke luar negara, ekonomi negara meningkat juga merupakan salah satu kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan. Saya berpendapat sedemikian kerana setiap bayaran yang kita lakukan apabila kita membeli sesuatu barangan buatan tempatan akan disalurkan ke negara kita dan seterusnya dapat meningkatkan lagi pendapatan negara kita sekaligus menigkatkan ekonomi negara. Misalnya ramai rakyat Malaysia yang membeli barangan buatan tempatan dan banyak wang yang dapat disalurkan ke negara kita, ekonomi negara akan meningkat dan membuat negara kita semakin maju dan menjadi negara contoh di dunia. Memang tidak dapat dinafikan, kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan ialah ekonomi negara meningkat.

Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara, ekonomi negara meningkat, mewujudkan peluang pekerjaan juga dikenal pasti sebagai kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan. Hal ini bermaksud semakin ramai rakyat Malaysia yang membeli barangan buatan tempatan ini semakin permintaan meningkat dan memerlukan pengeluaran yang banyak seterusnya memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Tamsilannya memerlukan tenaga pekerja yang ramai akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur. Seyogia dinyatakan, kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan ialah mewujudkan peluang pekerjaan.

Selain itu, barangan buatan tempatan ini juga lebih berkualiti dari barangan yang di import dari negara luar. Harga barangan buatan tempatan ini juga sangat berpatutan. Hal ini dapat menjimatkan wang rakyat Malaysia. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan barangan buatan tempatan supaya wawasan negara dapat dicapai secara optimum. Kita perlu mengembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana orang tua-tua pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!


*yang Zati bold tu isi-isi karangan ye. Maaf andai ada kesalahan bahasa, ejaan perkataan, atur ayat tak bagus. Harap ditegur ye. Sekian, terima kasih =)