Saturday, December 22, 2012

Karangan Kerajaan Menggalakkan Rakyat Malaysia Menggunakan Barangan Buatan Tempatan. Huraikan Kebaikan-Kebaikan Meggunakan Barangan Buatan Tempatan.

Hai,okay harini first time Zati nak share dengan kawan-kawan semua satu karangan ni. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau karangan yang saya buat ni tidak begitu memuaskan dan terdapat banyak kesalahan, jika sudi comment-commentlah kesalahan saya ya. Thanks.

Karangan yang Zati nak kongsi dengan kawan-kawan ni ialah karangan menengah atas, karangan tidak kurang 250 patah perkataan yang bertajuk Kerajaan Menggalakkan Rakyat Malaysia Menggunakan Barangan Buatan Tempatan. Huraikan Kebaikan-Kebaikan Meggunakan Barangan Buatan Tempatan. Okay, jum start =)

Mutakhir, isu berkaitan dengan Kerajaan Menggalakkan Rakyat Malaysia Menggunakan Barangan Buatan Tempatan saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Oleh itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan?

Pada pandangan saya, kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan ialah dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara. Hal ini kerana setiap pembelian dan pembayaran yang dilakukan akan disalurkan keluar negara dimana tempat asal sesuatu barangan itu dibuat. Sebagai contoh, jika kita membeli barangan buatan tempatan kita akan dapat menyalurkan wang untuk negara kita sendiri dan akan dapat membantu majukan negara kita. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, mengelakkan pengaliran wang ke luar negara merupakan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.

Bukan sahaja mengelakkan pengaliran wang ke luar negara, ekonomi negara meningkat juga merupakan salah satu kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan. Saya berpendapat sedemikian kerana setiap bayaran yang kita lakukan apabila kita membeli sesuatu barangan buatan tempatan akan disalurkan ke negara kita dan seterusnya dapat meningkatkan lagi pendapatan negara kita sekaligus menigkatkan ekonomi negara. Misalnya ramai rakyat Malaysia yang membeli barangan buatan tempatan dan banyak wang yang dapat disalurkan ke negara kita, ekonomi negara akan meningkat dan membuat negara kita semakin maju dan menjadi negara contoh di dunia. Memang tidak dapat dinafikan, kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan ialah ekonomi negara meningkat.

Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara, ekonomi negara meningkat, mewujudkan peluang pekerjaan juga dikenal pasti sebagai kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan. Hal ini bermaksud semakin ramai rakyat Malaysia yang membeli barangan buatan tempatan ini semakin permintaan meningkat dan memerlukan pengeluaran yang banyak seterusnya memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Tamsilannya memerlukan tenaga pekerja yang ramai akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur. Seyogia dinyatakan, kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan ialah mewujudkan peluang pekerjaan.

Selain itu, barangan buatan tempatan ini juga lebih berkualiti dari barangan yang di import dari negara luar. Harga barangan buatan tempatan ini juga sangat berpatutan. Hal ini dapat menjimatkan wang rakyat Malaysia. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan barangan buatan tempatan supaya wawasan negara dapat dicapai secara optimum. Kita perlu mengembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana orang tua-tua pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!


*yang Zati bold tu isi-isi karangan ye. Maaf andai ada kesalahan bahasa, ejaan perkataan, atur ayat tak bagus. Harap ditegur ye. Sekian, terima kasih =)

3 comments: